Sunday, January 08, 2012

Pulau menakjubkan di Seychelles..

Rasa rasa ada lagi tak planet yang berpenghuni?... mcm mana lah agaknya planet tu kan?.. tu pun kalau wujud lah... mcm filem Avatar kah?.. wallahualam.. sungguh berimaginasi... tak yah pi jauh jauh la no... berpijak di bumi nyata nih.. di bumi ciptaan Allah..

bukan apa.. selepas aku pi ke Seychelles beberapa bulan lepas.. sampai hari ni masih terngiang ngiang keindahan tempat tu.. dan aku terpikir.. bumi kita ni rupanya ada banyak tempat yg sungguh cantik... kalu ada planet lain macam mana plak rupa dya ek?.. mesti ada tanah, air tumbuhan dan haiwan yang berlainan bentuk lah kot kan... 

untuk kedua kalinya aku dapat ke Seychelles lagi.. tp kali ni stay selama 48 jam kat sana! Sungguh bertuah.. bukan senang nak dapat trip tuh.. maka berderu derulah aku dan colleague yang lain keluar sight seeing what not kan.. Subhanallah.. dalam banyak banyak pantai dan pulau yang pernah aku lawat di sinilah aku menjadi saksi betapa indahnya ciptaan Tuhan.. sungguh cantik sungguh indah.. seperti mana gambar di poskad.. sebegitulah terbentang di depan mata aku.. wow.. just wow! 

 
dari belakang truck kami bergerak ke sebuah jeti untuk ke sebuah pulau dari berpuluh puluh pulau yang ada di Seychelles.. sorry aku tak ingat apa namanya.. Terez?? Terence Island??.. ntah.
bot yang membawa kami bersiar siar untuk satu hari...
dari kejauhan air berwarna turqoise yang menggamit perhatian gue.. aduhhh tak sabaq nak terjun dowhh..
Akhirnya.. crew boat melabuhkan sauh! yeayyy!!
 
 
 
hang out kat sini seketika dan aku masih cuba utk meresap sebanyak mungkin pemandangan yg indah ni ke dalam ingatan..
kemudian berpindah ke satu lagi pulau yang pantainya sama cantik untuk makan tengahari..
 
 
bot crew menyiapkan santapan tengahari.. sungguh best pantai ni.. pasir putih halus.. yang penting.. privasi! kami berempat sahaja di pantai ni.. rasa exklusif sgt!
makanan dah di panggang! yum yum!
tu dia!! betapa jernihnya air.. macam kristal... tiba masa untuk snorkelling y'all!!
di protected marine park berhampiran.. ikan besar besar dan berwarna warni.. yang best nya air tu sgt jernih sampaikan bila dalam air tu dalam jarak dekat.. boleh nampak warna mata ikan ikan tuh! subhanallah!!
Satu hari boat trip sungguh mengasyikkan..tak nak balik!!!

video
dan semasa dalam perjalanan pulang terserempak pulak dgn sekumpulan ikan lumba lumba..  buat pertama kalinya dalam hidup aku tengok ikan lumba lumba di habitat semulajadinya...  syukur sgt.

sayang lah kalau keindahan alam kita ni di cemari.. cintailah alam sekitar kita.. cubalah kurangkan pencemaran sebb keindahan tempat tempat ni takkan bertahan lama.. sbb makin tahun berganti tahun pencemaran makin bertambah.. walaupon sedikit sahaja action yg kita ambik utk menjaga persekitaran.. bermula di rumah.. trust me.. it will go a longggg way!






Sunday, January 01, 2012

Xian the journey... (penantian kesinambungan dek kealpaan tuan tanah)

Mulakan entry tahun 2012 dgn entry yg sepatutnya aku update April tahun lepaih!!.. Ayooo dok belek punya belek blog blog yang aku buat dalam tahun 2011.. rupanya aku lupa nak sambung kisah trip aku ke Xian dulu... klik sini untuk blog Xian yang lepas.. punyalah lama since April 2011 dowh.. ish ish ish.. apa nak jadi nih tuan tanah.. pemalas sungguh hang no sampai tak follow up entry hang.. gitew lerk!

haaa.. pasal entry dulu tuh.. aku masukkan point point pasal org org China kan.. bab bab negatif gitu... yer.. dia orang memang macam tuh... aku pon tak berapa berkenan.. agak keterlaluan jugak kalu nak katakan diaorg ni pengotor.. tp itulah realiti rock and roll nya tuan tuan puan puan... 

disebalik negatif point tersebut.. ada jugak positifnya.. haaaaaaaa.. ala ala ying dan yang gitew.. ada keseimbangan dya.. dan kat Xian ni lah aku dan kawan aku temui keseimbangannya.. pertama sekali aku respek kawan aku yang sorang nih.. dya seorang melayu bersekolah di sekolah Chung Hwa di kelate.. so butir bicara bahasa Mandarin nya amat mengagumkan... di sinilah aku nampak satu perbezaan,,, perbezaan apa?.. meh aku sambung perenggan bawah..

Tatkala org China tengok org Melayu cakap bahasa Mandarin.. mereka sunguh terperanjat dan sangat kagum.. mereka sgt sgt hormat pada kawan aku.. kerana setahu mereka orang Malaysia yang melayu tak pandai cakap Mandarin.. ya.. mereka tahu! dan dari situ lah.. aku nampak sisi mereka yang tak pernah aku nampak sebelom ni... oleh kerana kawan aku fasih bertutur mandarin.. diaorg menunjukkan sifat yang sgt pemurah dan sgt sgt ikhlas menolong kami.. sampaikan tempiasnya kena pada aku jugak.. walaupon aku tak reti sepatah Mandarin.. 


tambah tambah masa kat penempatan Muslim di kota Xi'an.. wow the hospitality sungguh amazing.. dah la peniaga peniaga sana dapat tahu kami ni org Melayu.. yang boleh berbahasa Mandarin malah Muslim jugak lagilah mereka sambut dgn tangan terbuka.. hanya di kawasan ni aku perhatikan kebersihan menjadi perhatian.. for the obvious reason! Islam mengajar umatnya menjaga kebersihan.. only the cleanliness was much better than other places but hygienically.. still quiet disappointing.. meludah merata rata.. sudah menjadi perkara normal bagi mereka... bagi kami janji makanan halal merata rata di kawasan ni.. tak pa lah.. 


lorong lorong yang penuh dgn jualan cenderahati dan makanan sungguh menggamit perhatian.. berlatar belakangkan kota lama dan tembok yg sungguh antik dan indah... berabad lamanya.. kota ni sebenarnya dikelilingi tembok besar.. sejauh mata memandang.. was built as fortress to protect the inner city.. ada juga masjid yang diconvertkan dari istana lama yang sgt sgt cantik di lokasi penempatan Muslim ni.. Majalah 3 pernah datang ke sini buat liputan.. pastinya ia meninggalkan satu kenangan yang luar biasa.. kami berulang alik setiap hari ke sini utk menjelajah local cuisine dan dari situlah peniaga peniaga ni mula kenal kami.. 

yes diaorg masih pengotor bagi aku (kerna tabiat meludah mereka).. bukan di Xi'an sahaja.. malah merata ratalah di negara China ni.. but despite that.. once they know that you seorg foreigner yg boleh cakap mandarin.. memang diaorg respek dowh... i had witnessed it.. my words here cannot justify the experiences that i had there in that period of time.. it's actually just so opposite than apa yg aku jangkakan... 

the places we visited was also intriguing and interesting enough.. apa yang aku saksikan sepanjang perjalanan.. negara China sememangnya kaya dgn alam semulajadi yang cantik dan indah.. ya lah negara nya begitu besar.. cuma cuaca agak membataskan pemandangan kerna kabus tebal dek cuaca sejuk di sana pada masa itu..

kat sini aku buat video.. kompilasi gambo gambo trip tu.. terlalu banyak sgt nak upload satu satu..  antara yang di lawati adalah tapak terracota warrior (org yang mula mula jumpa khazanah pada awal tahun 70an ni masih hidup; ternampak dya dok isap rokok kat gate masa nak masuk ke site ni), gunung huashan, penempatan Muslim Xi'an, panda research site chengdu dan hukau waterfall di yellow river..

1.  video

2. video

3. video

4. video


there was one time masa kitaorg nak naik gunung huashan... punyalah excited nak naik gunung.. terlupa bawak jaket tinggal dalam tour bus kat kaki gunung.. suhu ok kat bawah tiba jer kat atas rupanya sgt sejuk yer... dah la naik ke entrance gunung kena naik another bas lagi at least 20min journey up.. tour guide kitaorg siap turun pergi ambik jaket untuk kitaorg.. dalam sejam gitu barulah dia sampai balik jumpa kitaorg.. then kitaorg pon nak kasik la tips.. diaorg tak ambik ye... we insisted coz rasa bersalah.. tetap ditolak dgn cara baik.. memadai sekadar ucapan terima kasih katanya.. sgt sgt terharu.. the tour guide here sgt brilliant and amazing.. sgt enthusiast dan dedikasi dgn kerja diaorg.. sgt berdisiplin..

kalu kat malaysia.. mesti dah kena maki.. pastu tengok tips setakat bagi rm10 lagi la menyumpah nyumpah kannn.. tambah tambah Melayu.. yer aku dah kena.. sbb tu aku berani cakap..

their sincerity and respect was heart felt.. enough to make me downright pity to myself for being a judgemental b*stard all this while... my irritation and annoyance towards sikap sikap dan norma tabiat mereka yang biasa didedahkan kepada aku selama ini dalam flight (e.g kasar, meludah, cakap menjerit, no eye contact, ignorance dan seangkatannya lah) terus hilang.. itu adalah mereka kerana itu adalah cara hidup diaorg.. kita tidak boleh paksa ubah sesiapa.. kalau mereka berpegang kuat pada budaya dan tabiat mereka.. maka itu adalah hak mereka.. dan itu lah mereka.. aku yang tidak mengenali mereka dgn lebih dekat.. maka tidak ada hak untuk menghukum.. apatah lagi untuk teach them manners.. u know what i mean kan.. very difficult to sink in at first.. yang disebalik segala benda benda negatif tu sebenarnya ada yang positif.. tp itu lah yang dikatakan the beauty of travelling.. u'd learn something from an unexpected things.. every day is a learning process.. my perspective has changed..
 :-)


wokeyy lah.. seminggu kat daerah Shaanxi dan sehari di daerah Chengdu sungguh membuka mata bahawa tempat tempat yg tak dikenali sebegini sebenarnya penuh dgn surprises.. owh tak lupa bajet kitaorg pon tak la sampai over the roof.. untuk seminggu kitaorg spent less than rm2k all in termasuklah semua flight tiket to fly around the states in China dan penginapan.. sungguh berbaloi.

next stop aku rasa cam nak explore south India.. mmm sapa nak ikut?... ngee.

Saturday, December 31, 2011

2012

Selamat Tahun Baru yeeeeahhhhh!!!

Bukan semalam baru bulan March ker?... owh tidak kan?... ayooo sungguh cepat masa berlalu.. tup tup dah penghabisan 2011... Selamat datang 2012... hanya Allah yang tau apa akan datang dalam 2012 ni tak kiralah dalam hidup anda, hidup saya atau sesiapa saja.. kerana Dia yang lebih Mengetahui.

3 hari berturut turut aku bermimpi.. sampai sakit.. mimpi yg agak tidak sedap utk diingati (ya amat jarang untuk aku ingat apa yang aku mimpi selalunya).. adakah itu suatu petanda??... entahlah.. tak palah itu hanyalah mainan tidur.. mungkin terlalu banyak tonton citer hantu...ngeee.. mungkin terlalu banyak pembacaan pasal the end of the world ala ala filem 2012... mungkin ya.. mungkin tidak.. Wallahuallam.. yang penting hidup mesti diteruskan.. tak gitu?... 

Owh sungguh tak sangka 2011 sudah berlabuh.. banyak sungguh kenangan pahit dan kenangan manis.. itu semua adalah pengalaman berharga yang akan disimpan sampai akhir usia.. kalau panjang umur banyak lagi yang ingin ditempuhi.. semuanya atas izin Allah s.w.t. 

Mudah mudahan apa yang belum lagi dicapai oleh korang sebelum ni.. cobalah lagi untuk tahun 2012 ni kan... aku juga berpesan pada diri aku.. sbb peluang tak ada kalu kita tak mencari.. dan benih tak tumbuh dgn elok kalu kita tak semainya dgn baik.. oleh itu hargailah setiap detik yang berlalu.. walau seminit sesaat.. syukurlah yang kita masih di sini meneruskan sisa sisa hidup di duniawi... lunaskan tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dan cintailah keamanan.. let's work towards a better tomorrow.. peace y'all.

Selamat Tahun Baru 2012 semua!!!!


credit: Fireworks by Anna Cervova
publicdomainpictures.net

Sunday, December 25, 2011

trip trip trip



trip, layover, nightstop adalah tatabahasa tatabahasa bagi golongan golongan pekerja seperti aku.. jargon la tuh.. tiap kali nak layover sesuatu destinasi tuh.. especially sesuatu destinasi baru aku gelabah.. gelabah sbb tak tau nak pack baju apa... ntah nak kuar ke tak jalan jalan nanti.. sejuk sgt ker?.. panas sgt ker?.. cuaca pon bukannya menentu.. kengkadang tu dgn company ni.. last minute change adalah sesuatu yg bukan luarbiasa.. dah pack baju winter tuptup dah sign in kerja tetiba ko kena tukar pi negara berpulau.. tak ker hangin jadinya kan..

motip entry aku kali ni?... nak ajar korang tatabahasa yg tak penting tu ker???... tak lahh.. ngeee nak mengingatkan macam mana nak get ready bila nak pi bercuti!! yahhh! betul.. sepatutnya aku post entry ni awal cuti sekolah dulu... tp biasalah aku ni pemalas... yes i admit (buh jugak ayat omputih)... bukan apa.. aku dapat inspirasi nak tulis pasai ni lepas aku pi bercuti kat Jordan bulan lepas.. hehehehe..

aku yang dah nak masuk sepuluh tahun dah terbang sana sini pon kompius kengkadang nak pack barang dalam beg.. inikan pulak korang yang jarang jarang nak bercuti dan terbang ke destinasi percutian korang kan.. bukan apa.. sbb dari pengalaman aku.. banyak org bila travel... terkontang kanting berbeg beg diheretnya.. bila tanya banyaknya beg nak ke mana?.. "bercuti" katanya!!.. bila tanya berapa hari?... tak sampai 5 hari pon!!! ek elehhhh... pa ke hal yg ber jinjing banyak giler beg niii?.. dah nama pon bercuti jauh.. duit banyak pakai kan.. nak check in beg beg tuh pon terpaksa la kedekut sket kan.. tu yang berangkut naik cabin beg beg haus diaorg tuh... yang susahnya sapa??.. aku jugak yang kena carik ruang simpan beg tuk korang... ee sgt tak kuasa k!!

aku ni sebenarnya memang tak suka berangkut banyak beg... even kalu mak aku nak kirim kuih ke apa nak bawak balik.. aku cuma nak satu paper beg saja.. lebih lebih sori yer.. tangan i ada dua jewww.. tu yang aku pening pikir camner la diaorg ni leh berjinjing berbeg beg turun naik airport.. kata nak gi bercuti.. last last penat ngendong beg jer.. adoii...

dalam Youtube banyak tip tips yg org upload dalam tu.. terutamanya pasal nak pergi bercuti lah... dan aku jumpa satu video ni.. klik sini ... sungguh 'spot on'! ada jugak video tips lain seperti cara cara nak elak daripada nampak macam tourist takut nanti jadi sasaran org jahat.. dan mcm mcm lagik.. korang ulang tayang ni beribu kali sebelom korang berangkat dan pastinya perjalanan korang ke destinasi pelancongan idaman anda akan menjadi lebih 'smooth' dan 'relax'.. bak kata org putih 'hassle free' lah.. yang penting korang nampak bergaya dan penuh style dari saat anda melangkah keluar dari rumah sampailah ke destinasi yang dituju!!!